Saturday, September 16, 2017

运动学校申请

PERMOHONAN KE SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK TINGKATAN 1 TAHUN 2018

A.   Syarat Umum Kemasukan Ke SSN Perak.
       1.1   Warganegara Malaysia
       1.2   Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit
                lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
       1.3   Bersetuju menerima tawaran Sekolah Sukan Negeri Perak dan jenis sukan yang ditetapkan.
       1.4   Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Negeri Perak.
       1.5   Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)).
       1.6   Keutamaan akan diberkani kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh :
                Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).

B. KRITERIA PEMILIHAN :
  1. CEMERLANG DALAM PENCAPAIAN SUKAN SEKURANG-KURANGNYA MEWAKILI DAERAH DALAM PERTANDINGAN ANJURAN MSSM, PERSATUAN DAN NGO.
  2. MENCAPAI KEPUTUSAN MINIMA UPSR 2A 4B
  3. MEMPUNYAI REKOD SAHSIAH YANG BAIK.
  4. BAKAT-BAKAT ISTIMEWA DALAM SUKAN PILIHAN DI SSN :
4.1 BALAPAN DAN PADANG 4.2 BOLA SEPAK
4.3 BOLA JARING
4.4 SEPAK TAKRAW
4.5 HOKI
4.6 MEMANAH
  1. MENJALANI UJIAN T.I.D. (TALENT IDENTIFICATION)
Ujian TID akan dijalankan pada bulan Oktober 2017.  Hanya murid atlet yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri Ujian TID.
  1. TARIKH TUTUP : 02 OKTOBER2017

Sila muat turun borang permohonan dan kembalikan borang yang telah dilengkapkan beserta sijil-sijil dan dokumen sokongan yang telah disahkan ke Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebelum 02 Oktober 2017.

C. Keputusan Pemilihan Dan Penempatan Atlet Murid Sekolah Sukan Malaysia
1.   Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid Atlet Tingkatan 1 tahun 2018  ke Sekolah Sukan Negeri Perak.
2.   Keputusan akan diumumkan bulan Disember untuk Ambilan Januari 2018.
3.   Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.
4.   Tawaran hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan atlet murid ke Sekolah Sukan Negeri Perak.
5.  Jika pemohon tidak menerima apa-apa maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut adalah dianggap telah tidak      berjaya.

消息来源
http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=5646&lang=ms

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...