Saturday, February 10, 2018

DEFINISI MURID TERCICIR

MURID TERCICIR 定义:

“Murid cicir” ertinya seseorang yang tidak mengikuti pendidikan wajib di sekolah atau murid yang tidak hadir di sekolah selama suatu tempoh yang melebihi tiga hari berturut-turut, tetapi tidak termasuk murid yang tidak hadir di sekolah kerana ponteng, masalah kesihatan atau telah dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen 29A(3) daripada mengikuti pendidikan wajib.

Jika suatu aduan mengenai murid cicir diterima daripada mana-mana pihak:

  1. Guru besar atau pengetua sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengambil tindakan mengikut garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa, dan
  2. guru besar atau pengetua sekolah hendaklah mengemukakan laporan kepada Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan masing-masing, atau Pendaftar.
  3. Pendaftar, Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan itu, guru besar atau pengetua boleh melawat dan memberikan nasihat, serta memberikan apa-apa bantuan yang perlu kepada ibu bapa seseorang murid cicir dan murid cicir itu bagi memastikan murid itu mengikuti pendidikan wajib.
  4. Pendaftar, Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan itu, guru besar atau pengetua boleh mengarahkan supaya ibu bapa seseorang murid cicir memberikan penjelasan secara bertulis mengenai kegagalan mereka untuk memastikan bahawa anak mereka mengikuti pendidikan wajib.
  5. Pendaftar hendaklah, apabila berpuas hati bahawa seseorang murid cicir tidak mengikuti pendidikan wajib tanpa apa-apa sebab yang munasabah, mengeluarkan arahan bertulis kepada ibu bapa murid itu supaya memastikan anak mereka mengikuti pendidikan waji.
  6. Ibu bapa itu hendaklah, setelah menerima arahan bertulis daripada Pendaftar, memastikan arahan itu dipatuhi.
8 November 2002


Sumber:
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Hingga 25 Januari 2008

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...