Wednesday, February 28, 2018

2017年6年级以及初中3升学信息

Kepada Ibubapa / PenjagaMurid-murid Tahun 6 (2017) &
Murid-murid Tingkatan 3 (2017)

SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEEMPAT & TINGKATAN EMPAT (4) AMBILAN KETIGA SEKOLAH RANCANGAN KHAS NEGERI PERAK SESI 2018
Semakan boleh dibuat mulai 28 Februari 2018 (Rabu) mulai jam 3.00 petang  melalui :
Portal JPN Perak di http://jpnperak.moe.gov.my/semakanrk .
Tarikh pendaftaran : 7 MAC 2018 (RABU)Masa                           : 9.00 pagi
Tempat                       : PEJABAT SEKOLAH (SMK RAJA PERMAISURI BAINUN, SMK ANDERSON & SMK TAMAN TASIK)
                                        PEJABAT ASRAMA (SMK RAJA PEREMPUAN)
Calon Berjaya   
        1. Calon yang Berjaya akan menerima surat tawaran yang akan dipos ke alamat seperti di dalam permohonan online.
        2. Borang Maklumat Pelajar, Borang Pemeriksaan Kesihatan serta Senarai Keperluan Asrama perlu dimuat turun di ruangan attachment di bawah.
        3. Semua lampiran di dalam Borang-borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
        4. Pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan atau menolak pendaftaran tersebut sekiranya maklumat tidak lengkap atau tidak benar.
        5. Tawaran kepada calon yang berjaya adalah muktamad.
        6. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak yang lain tidak akan dipertimbangkan.
       7..Surat tawaran akan dipos ke alamat pada borang permohonan/rayuan.
       8. Salinan surat tawaran boleh didapati daripada Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
 Calon Tidak Berjaya
       1. Rayuan masih dibuka.
       2. Borang ini boleh diperolehi dari :
                (a)          Unit Sekolah Menengah, JPN Perak
                (b)          Unit Pengurusan Sekolah, PPD daerah masing-masing 
                (c)          Sekolah Menengah Rancangan Khas Negeri Perak ATAU    
                (d)          Portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak - Bahagian 'Attachment' di bawah       
      3. Borang yang telah lengkap diisi dan disahkan hendaklah dihantar ke Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Sekian. Terima kasih.

UNIT SEKOLAH MENENGAH
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...