Wednesday, June 12, 2024

提前入学

PERMOHONAN KEMASUKAN AWAL KANAK-KANAK DI BAWAH KOHORT UMUR KE TAHUN SATU BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2025/2026

Dengan segala hormatnya surat KPM.800-1/1/18 JLD.38 (13) bertarikh 06 Jun 2024 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.  

2.     Dimaklumkan bahawa kanak-kanak di bawah kohort umur (Lahir pada 02 hingga 15 Januari 2019) boleh memohon kemasukkan awal ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi  2025/2026 selaras dengan Surat Siaran Kelonggaran Syarat Kemasukkan Kanak-kanak Di Bawah Kohort Umur ke Tahun 1  dengan nombor rujukan KP(BS/PSR)8502/03/005/Jld.22(10) bertarikh 05 Mac 2003 masih berkuatkuasa.

3.     Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan adalah dimohon untuk memaklumkan kandungan surat pemakluman ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah bawah pentadbiran tuan.

4.      Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila berhubung dengan En. Norazizi bin Jamaluddin, Penolong Pengarah, Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak di talian 05-5015106 atau 012-4662560.

Sekian, terima kasih.

Surat Siaran

消息来源:https://jpnperak.moe.gov.my/sektor-pengurusan-sekolah/19568-permohonan-kemasukan-awal-kanak-kanak-di-bawah-kohort-umur-ke-tahun-satu-bagi-kalendar-akademik-sesi-2025-2026

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...