Friday, August 19, 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN AWAL KANAK-KANAK DI BAWAH KOHORT UMUR KE TAHUN SATU BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024

PERMOHONAN KEMASUKAN AWAL KANAK-KANAK DI BAWAH KOHORT UMUR KE TAHUN SATU BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas dan surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia no.rujukan: KPM.800-1/1/18JLD.22 (66) bertarikh 9 Ogos 2022 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa kanak-kanak di bawah kohort umur (Lahir pada 2 hingga 15 Januari 2017) boleh memohon kemasukan awal ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 selaras dengan Surat Siaran Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur ke Tahun 1 Rujukan KP(BS/PSR)8502/03/005 Jld.22(10) bertarikh 5 Mac 2003.

3. Sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk membuat hebahan berhubung perkara ini kepada semua sekolah di bawah seliaan masing-masing. Bersama-sama ini disertakan takwim pelaksanaan kemasukan kanak-kanak di bawah kohort umur ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 (Lampiran 1) dan borang permohonan PMA01 untuk panduan dan tindakan pihak tuan. Disertakan SURAT SIARAN untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Norazizi bin Jamaluddin di talian 05-5015106 atau 012-4662560. Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini amat dihargai.

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...