Monday, March 28, 2022

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK YANG DIKUARANTIN

PENJELASAN MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK YANG DIKUARANTIN (CMADK)  ATAU MEMERLUKAN PENGASINGAN

Kebelakangan ini saya telah menerima banyak pertanyaan mengenai kemudahan CMADK ini. Berikut adalah penjelasan ringkas:


Situasi 1: Anak saya yang masih kecil dan memerlukan penjagaan telah disahkan POSITIF melalui Ujian RTK Saliva di rumah. Saya telah kemas kini MySejahtera anak sebagai Kes Yang Disahkan dan anak dapat Perintah Pemerhatian dan Pengawasan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) / HSO. Saya sebagai kontak rapat juga telah mengemas kini MySejahtera saya, namun disebabkan saya TIDAK BERGEJALA, saya TIDAK DIBERIKAN HSO. Adakah saya layak memohon CMADK ini?


Jawapan Situasi 1:  YA. Berdasarkan FAQ Ceraian SR.5.4.4, Perkara 7, pegawai boleh menggunakan kemudahan CMADK sekiranya situasi anak yang dijangkiti COVID-19 memerlukan penjagaan dan pemerhatian rapi, pemantauan kesihatan yang ketat dan penyediaan makan minum; 


*Nota: Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan:

1) Borang Permohonan CMADK,

2) Status MySejahtera Anak Sebagai Kes Yang Disahkan / Confirmed Case;

3) Arahan HSO Mysejahtera Anak; 

4) Salinan Kad Pengenalan Anak; dan

5) Dokumen Pertalian (Sijil Kelahiran atau Sijil Pengangkatan)


Atau


Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar BDR) apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah.


Situasi 2: Anak saya yang masih kecil dan memerlukan penjagaan telah disahkan POSITIF melalui Ujian RTK Saliva di rumah. Saya telah kemas kini MySejahtera anak sebagai Kes Yang Disahkan dan anak dapat Perintah Pemerhatian dan Pengawasan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) / HSO. Saya sebagai kontak rapat juga telah mengemas kini MySejahtera saya, namun disebabkan saya BERGEJALA, saya TELAH DIBERIKAN HSO. Adakah saya layak memohon CMADK ini?


Jawapan Situasi 2:  TIDAK. Berdasarkan FAQ Ceraian SR.5.4.4, Perkara 8, menyatakan bahawa pegawai yang menjadi kontak rapat kepada anak yang positif COVID-19 dan menerima HSO TIDAK LAYAK mendapat kemudahan CMADK. Hal ini memandangkan pegawai telah diberikan Perintah Pemerhatian dan Pengawasan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan mendapat KEBENARAN TIDAK HADIR BERTUGAS ATAS PERINTAH AKTA 342.


Soalan: Anak saya telah diberikan HSO selama 10 hari. Adakah saya boleh mohon CMADK ini selama tempoh HSO anak berkenaan?

Jawapan: TIDAK. Berdasarkan FAQ Ceraian SR.5.4.4, Perkara 5. Terhad kepada MAKSIMUM LIMA (5) HARI SAHAJA bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut MANA YANG LEBIH RENDAH, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Bagi lebihan baki tempoh HSO tersebut, pegawai boleh menggunakan kelayakan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas atau mana-mana cuti yang berkelayakan.

Soalan: Anak pertama saya telah diberikan HSO selama 10 hari. Saya telah menggunakan kemudahan ini semasa anak pertama saya itu dijangkiti. Tiba-tiba anak kedua saya pula dijangkiti selang sehari saya selesai CDMKA. Adakah saya boleh mohon CMADK ini lagi bagi anak saya yang kedua yang dijangkiti?

Jawapan: YA. Berdasarkan FAQ Ceraian SR.5.4.4, Perkara 5. Terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja BAGI SETIAP KES atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...