Tuesday, March 19, 2019

确保你有家协户口号码

PENGUMPULAN PENYATA KEWANGAN PIBG SEKOLAH BAGI TUJUAN PENYALURAN BANTUAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Dengan segala hormatnya, surat JPNPK.SPSPK.UPK.400-1/1(49) bertarikh 12 Mac 2019 adalah dirujuk.

2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah menyediakan Peruntukan Murid Berkeperluan Khas bagi setiap Murid Berkeperluan Khas yang belajar di sekolah-sekolah kerajaan.  

3.  Bagi memastikan peruntukan ini disalurkan dan dibelanjakan seperti aspirasi Kerajaan Negeri Perak, kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon bagi mengemukakan salinan Penyata Kewangan PIBG Sekolah yang tercatat nombor akaun yang betul kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebelum atau pada 20 Mac 2019 melalui emel bantuanmbk@yahoo.comBersama-sama ini disertakan senarai sekolah yang telah dan belum menghantar salinan penyata bank PIBG (sila rujuk lampiran).  Kerjasama daripada pihak tuan yang belum menghantar salinan tersebut dipohon mengambil tindakan yang segera.

4.  Pihak tuan akan diberi makluman jika peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam akaun yang berkenaan.  Tatacara penggunaan peruntukan juga akan disampaikan kepada pihak tuan bagi tujuan perbelanjaan yang sebenar.   Untuk makluman awal, peruntukan ini tidak bermaksud bayaran terus kepada murid berkenaan tetapi perlu digunakan untuk kepentingan proses pembelajaran.

5.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Lee Wai Yin, Penolong PPD Pendidikan Khas / Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara di talian 05-254 4877.

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...