Wednesday, April 4, 2018

PS1M 2018

KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat siaran Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.800-4/1/16 Jld.4 bertarikh 15 Mac 2018 adalah berkaitan.
  1. Sukacita dimaklumkan, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan PS1M 2018 yang dikeluarkan di mana pemberian PS1M kepada murid-murid dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut;
            2.1       Murid warganegara Malaysia
            2.2       Murid-murid Tahun 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah
            2.3       Murid-murid yang TIDAK tinggal di asrama yang disediakan oleh kerajaan.
            2.4       Murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK)
            2.5       Murid miskin dan miskin tegar dalam kalangan isi rumah berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional yang  berkuatkuasa berdasarkan ketetapan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (Pendapatan Isi Rumah RM930 sebulan dan perkapita RM230)
             2.6       Semua Murid-murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja
             2.7       Semua murid di sekolah rendah orang Asli yang TIDAK tinggal di asrama yang disediakan oleh kerajaan; dan
             2.9       Semua murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)
  1. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah dimohon menyediakan data penerima layak PS1M 2018 diambil dari sistem APDM yang dikemaskini pada 30 Mac 2018. Guru Besar hendaklah mengesahkan kutipan data dengan melengkapkan format di Lampiran 1 - PS1M 2018 dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing pada atau sebelum 6 April 2018.
  1. Manakala Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dimohon menghantar Data Penerima PS1M bagi daerah masing-masing dengan melengkapkan format seperti di Lampiran 2 – PPD ke Sub Unit Kesihatan, JPN Perak pada atau sebelum 10 April 2018. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tuan boleh berhubung dengan Tn. Hj. Jamil bin Dayan di talian 05-5015138/016-4439840.

No comments:

Post a Comment

学校安全意识--唤醒与灌输

每每学校有任何安全事故,全国各校免不了因此成为受害者:重新检视和加强各种安全措施、与学生、家长、教职员宣传各种安全提醒等等等。          但这些都是传统的方式。当下的挑战是:传统的方式,是否还能再带来与时并进的醒觉?安全意识的唤醒与灌输,就真的只有传统的方法?还有没有其他...